Wednesday, May 29, 2013

Barangan Dapur (Beras, Gula, Minyak Masak & Tepung) Naib Presiden PAS Dan Setia Usaha Agung PKR Akan Ditanggung Oleh Kerajaan Selangor Selama 5 Tahun


Bila pecah berita Setia Usaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail bakal dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Hubungan Politik di Selangor, lantas PAS juga turut tidak mahu ketinggalan dengan cadangan balas untuk meletakkan salah seorang dari Naib Presiden

YDP PAS Pandan Iskandar Samad dalam cadangan balasnya menuntut supaya wakil PAS dilantik untuk memantau pentadbiran negeri Selangor.

Dikalangan 3 Naib Presiden PAS, meskipun Husam Musa kalah di Putra Jaya tapi masih menang di kerusi DUN, sementara Mahfuz Omar berjaya mengekalkan kerusi parlimen yang ditandinginya. Sebaliknya, Salahudin Ayub kalah di kedua-dua kerusi DUN dan parlimen yang ditandingi.

Dalam keadaan demikian jika perlantikan berkenaan diterima dan dilaksana, maka jelas memihak kepada Salahudin.

Walau bagaimana pun, cadangan terhadap perlatikan Saifudin dan Salahudin dilihat sebagai percubaan untuk memberi ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti yang kalah dalam PRU13 mendapatkan punca pendapatan.

Jika ini berlaku, bermakna barangan dapur (beras, gula, minyak masak dan tepung) untuk kedua-dua pemimpin PKR dan PAS adalah ditaja dan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tempoh selama 5 tahun!

1 comment:

Anonymous said...

So PR juga dah ikut resam BN laa... yg kalah terus diberi jawatan itu ini. Macam dah takde manusia lain kat Malaysia ni yang boleh di beri tugas-tugas tersebut... hmmmm...

pi mai..pi mai..tang tu jugak..

Sooo... caj parking naik HANYA SEBAB SHAH ALAM DAH BERTARAF BANDARAYA? SAPA PUNYA SIFIR TUUU..?


p/s: terkejut tengok berita ttg tanah pusaka dirampas di Vietnam untuk tujuan dibangunkan bagi perumahan mewah (bunyi macam Datum Jelatek aje kan?).
Ironinya di tahun 70'an, rakyat mereka berjuang mati-matian utk memenangkan komunisme (yg doktrinnya konon rakyat dan pemerintah tu sama...tiada mewah tiada miskin), aiiikkk...sekarang.. Regim Komunis Vietnam nak buat pilihanraya? Nak buat perumahan mewah?

Pi mai..pi mai..tang tu jugak..

Kapitalisme ka.. Komunisme ka... samaaa ajaaa... dah namanya manusia.. ada nafsu...

UAI yg hanya mampu pakai kete 2nd hand pun boleh kawin sampai 3...

ustaz kaa... orang biasa kaaa... sama ajaaa....