Thursday, May 30, 2013

Dr Khir Toyo Turuti Dato' Harun Sebagai Bekas MB Selangor Ke Penjara - Tapi Yang Pasti Dengan 2 Perjalanan Yang Berbeza


Foto atas adalah rakaman ketika hari perbicaraan Allahyarham Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor yang berdepan dengan kes rasuah pada dekan 70an.

Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Dato' Harun tetap diiringi oleh para penyokong setianya ke mahkamah. Malah, para penyokong-penyokong Harun berkawal di kediamannya untuk menghalang pihak berkuasa membawanya ke penjara.

Hingga dikatakan bahawa Harun telah dengan rela dan telah dibawa melalui pintu belakang tanpa disedari serta melepasi kawalan para penyokongnya.

Petang tadi, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Khir Toyo keatas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang mensabitkan kesalahan salah guna kuasa terhadap pembelian hartanah RM3.5 juta yang dikatakan sebagai dibawah harga pasaran.

Seperti Harun, Khir juga akan menambah bilangan bekas MB Selangor yang dipenjara.

Cuma yang menjadi perbezaan perjalanan antara kedua mereka, apakah penyokong-penyokong Khir  berkawal di kediamannya?

Kelebihan Harun ialah beliau tetap menang jawatan Naib Presiden UMNO meskipun masih berada dalam penjara dan akhirnya telah mendapat ehsan pengampunan Diraja.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah takdir hidup kita: Semasa diangkat menjadi MB difikirkan inilah yang terbaik buat dia tetapi TIDAK..sebab itu sesuatu yang baik buat kita tidak semestinya BAIK dan sesuatu yang tidak baik bagi kita mungkin akhirnya itulah yang terBAIK...Saya simpati pada Khir Toyo.

Anonymous said...

Saya amat bersimpati kepada Dr Khir Toyo..........