Thursday, October 6, 2011

Khalid Ibrahim Akhirnya 'Surrender' Kepada Najib


Akhirnya MB Selangor TS Khalid Ibrahim terpaksa surrender kepada PM DS Najib Razak.

Projek menampal jalan di kawasan DUN Ijok yang diwakilinya menjadi persendaan.

Jalan begini punya cantik pun rakyat tak puas hati.

Pulak tu, lusa Najib akan 'menceroboh' kawasan DUNnya yang majoriti pengundinya berbangsa India iaitu Ladang Tuan Mee.
Program ini adalah siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.

"Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti," kata
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra itu di sini, hari ini.

Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang. [Bernama/Berita Harian]

No comments: