Wednesday, October 5, 2011

Tajuddin Ramli Tak Sampai Hati Saman Din Pudu Sentral?


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mungkin bernasib baik kerana tidak disaman oleh TS Tajudin Ramli, seperti yang dihadapi oleh oleh The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider mohon maaf kepada Tajuddin Ramli

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Portal berita propembangkang The Malaysian Insider hari ini mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan fitnah.

Ia ekoran penyiaran satu perenggan yang menyebut mengenai Tajudin di dalam artikel bertarikh 31 Mei 2011 bertajuk, MACC Clears AG of Graft Allegations di dalam portal itu.

“Malaysian Insider melahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada beliau atas semua keaiban dan kesulitan dihadapinya disebabkan oleh tuduhan fitnah itu,” kata portal itu.

Selain itu, The Malaysian Insider serta-merta menarik balik artikel tersebut yang telah disiarkan di portal berita mereka dan berjanji tidak mengulangi perkataan yang membawa maksud sama pada masa akan datang.

Pernyataan maaf itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan portal itu, Shazwan Mustafa Kamal. - Utusan

No comments: