Mungkin tidak bagi KITA untuk menyertai BN, tapi bagaimana dengan Zaid sendiri?
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” - Zaid Ibrahim
Persoalannya apakah ideologi yang ingin diterap dan dibawa oleh Zaid melalui kita? Janganlah sekadar untuk meletakkan diri setaraf dengan rakan dan lawan politik. Zaid kena ingat bahawa dalam konteks hari ini kebanyakan parti, khususnya pembangkang hanya terus hidup dalam mencipta isu.
Malah Zaid sendiri pun kini sedang berdepan dengan keraguan dikalangan ahli partinya, ekoran pemecatan dan penarikan diri kepimpinan tertinggi parti KITA.
No comments:
Post a Comment