Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 Pakatan Rakyat : Anwar Terjerat Dek Kebebalan Diri Sendiri

PM DS Najib Razak telah pun membentangkan Bajet Rasmi 2012. Ia bukan bajet angan-angan seperti yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim Selasa lalu.

Antara lain Bajet PR menjanjikan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan, seperti di bawah:-

Namun begitu, apakah Anwar sedari yang beliau sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah bersubahat dengan Khalid Ibrahim mengguna pakai perunding luar? Baca petikan di bawah untuk pengesahan:-

Lantik perunding tak ikut prosedur
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2010/11/21

PKNS didakwa ketepi semua peraturan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah pentadbiran baru didakwa melanggar peraturan am kerajaan terutama berhubung pelantikan kumpulan perunding luar yang tidak mengikut prosedur hingga menyebabkan agensi terbabit menghadapi masalah dalaman.
Difahamkan, pelantikan dilakukan secara terus tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Perjawatan dan Tatatertib PKNS, selain imbuhan diterima pegawai perunding luar jauh lebih tinggi berbanding pegawai dan kakitangan asal PKNS, terutama yang sudah lama berkhidmat.
Malah, pelantikan pegawai perunding luar secara kontrak juga tidak dimaklumkan dalam belanjawan hingga agensi terbabit terpaksa menanggung lebihan kos operasi. Bagi mengatasi keadaan itu, PKNS didakwa terpaksa bergantung kepada sumber diragui hingga menyalahi prosedur sepatutnya dipatuhi.

Sumber memberitahu Berita Minggu, sekurang-kurangnya 10 perunding korporat dilantik pengurusan baru PKNS, dengan sebahagian besarnya berjawatan tinggi dan mengetuai pelbagai jabatan penting dalam perbadanan itu.

Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pegawai serta kakitangan perbadanan itu. [Berita Harian]

1 comment:

PenganutPAS said...

Pakar perunding yang paling famous ialah Dr. Brian McD ,pakar perunding DNA.

Lepas tu pakar perunding sakit tulang belakang tak leh rukuk dari Jerman

Tu baru kes peribadi , kalau jadi PM habis dikerah pakar luar . Takat sembang jer bolehlah pakatan haram ni.

Apa kata Murshidur Am PAS