Friday, October 7, 2011

Dalam Diam Azmin Ali Menanam Ranjau Untuk Khalid Ibrahim

Dalam 1 tahun ini, sudah 3 kali saya disoalselidik (survey) melalui telefon dan sekali melalui temu bual di rumah, oleh pihak yang saya pasti oleh pihak PKR.

Semalam adalah yang terbaru soalselidik melalui telefon diajukan kepada saya.

Soalan adalah berkisar tentang isu-isu terkini dan meminta pandangan responden berhubung pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Antara yang maklum balas yang dipinta ialah berkenaan buletin Selangorkini, konsep Selangorku dan juga isu JAIS berhubung DUMC disamping skim-skim kerajaan negeri seperti TAWAS, SUME dan lain-lain lagi.

Menariknya, soalselidik berkenaan meminta respons pilihan antara PM DS Najib dengan De Facto PKR DS Anwar Ibrahim diperingkat nasional dan juga pilihan antara MB TS Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar.


Seperkara yang menimbulkan tandatanya, dari ketiga-tiga perbualan telefon saya dengan pihak berkenaan, diakhir sessi mereka meminta respons terhadap Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali. Saya berasa syak, PKR Selangor sedang mengumpulkan maklumat yang bermotifkan untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali sebagai MB Selangor. Tang tu, saya amat yakin sekali kewujudan agenda itu!

No comments: