Monday, October 17, 2011

Anak Guan Eng Yang Buat Hal, Najib Yang Terpaksa Telan Pil

Lebih 20 tahun dulu, saya pernah membaca buku tulisan Marwilis Haji Yusof tetapi saya kurang pasti tajuk bukunya dan kalau betul agakan saya ia adalah bertajuk "Buai Diayun Anak Dicubit".

Sedikit berkenaan Marwilis, beliau ialah bekas ADUN di Selangor dan juga Exco Kerajaan Negeri untuk tempoh 1982. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai S/U Akhbar Dato' Harun Idris dan S/U Akhbar Dato' Musa Hitam.

Menariknya buku tulisan Marwilis yang saya baca tersebut, ia adalah berkisar tentang kisah benar dirinya dalam menghadapi sepak terajang politik di UMNO Bahagian yang beliau menjadi ahli, disamping menjadi ADUN dalam bahagian berkenaan.

Antara isu yang dibangkit oleh Marwilis dalam buku berkenaan ialah kekangan yang beliau hadapi untuk duduk dalam hiraki UMNO Bahagian yang dianggotainya, meskipun ketika itu beliau adalah ADUN malah anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor. Marwilis sebenarnya tidak memegang jawatan di bahagian.

Berbalik kepada realiti politik pada hari ini, kepimpinan DS Najib Razak begitu terhimpit untuk menonjolkan winnable candidate untuk menjadi benteng hadapan dalam PRU13. Sebenarnya, inilah kesukaran yang dihadapi oleh Najib. Malah ini ditambah pula dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang membayangkan consequence yang bakal oleh Najib bila memberi ruang kepada calon yang berada di tahap bawah hiraki bahagian, mahu pun yang duduk di luar hiraki berkenaan.

Namun begitu, perlu diingat bahawa ada sesetengah pemimpin atasan UMNO bahagian telah melakukan kesilapan dan mendedahkan diri dengan isu yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan. Umpamanya gerak laku peribadi, kegagalan projek yang dilaksanakan dalam kawasan sendiri, ego dan terlalu show-off yang menimbulkan rasa meluat dikalangan pengundi dan masyarakat setempat.

Berkali-kali Najib telah berpesan, samada memilih untuk berubah atau pun rebah. Sepatutnya inilah yang perlu difahami dan diambil iktibar untuk berubah.

Sebenarnya inilah dilema Najib, iaitu mengubah idealisme dan bentuk kepimpinan politik yang baru dengan style kepimpinan berorientasikan materialisme yang begitu bertunjang kuat dalam kepimpinan peringkat bahagian hari ini.

Dalam satu perjumpaan tertutup dengan golongan bawahan dan tidak berkepentingan (Sabtu lepas), Najib menzahirkan rintihan lalu terpacul ayatnya "kalau boleh jangan kacau tempat dia orang cari makan".

Frasa yang dilafazkan oleh Najib adalah penuh makna untuk ditafsirkan. Namun, yang lebih penting ia bermaksud satu idea baru wajib diketengahkan demi perlaksanaan transformasi kepimpinan!

Impian Najib tidak akan menjadi realiti jika kita yang dibawah tidak membantu dan menyokong Najib. Rujuk semula ucapan Najib di Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan pada 9 Oktober 2011.

No comments: