Antara yang boleh ditimbangkan sebagai winnable candidate di Selangor ialah Senator Mohd Ezam Mohd Nor.
Perlu diingat, andai Ezam memilih awal-awal lagi untuk mufarakah dari Anwar, mungkin Ezam bukan sekadar Senator. Mungkin lebih dari itu. Bayang dalam usia semuda 32 tahun, Ezam telah pun menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan yang merupakan jarang berlaku kepada mana-mana ahli politik yang bertatih dalam wadah perjuangan UMNO. Akan tetapi perlu diingat bahawa ketika itu Ezam menjawat jawatan Setpol Anwar Ibrahim.
Satu kelebihan Ezam ialah pidatonya yang menarik disamping punya fakta dan kisah tersembunyi sepanjang penglibatannya bersama Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang ini, untuk kes Selangor Ezam dilihat sebagai crowd puller dalam siri ceramah BN dan UMNO.
Namun begitu, saya melihat Ezam terlalu bergantung kepada isu Anwar Ibrahim dan bekas rakan-rakannya di dalam PKR. Dalam jangka panjang, sebenarnya ia tidak membawa sebarang kelebihan kepada Ezam. Jika ditakdirkan Anwar mati besok pagi, apakah Ezam akan terus bercakap tentang isu Anwar?
Oleh yang demikian, Ezam seharusnya membina identitinya sendiri. Sebagai seorang yang pernah menjadi pelopor GERAK (Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi), Ezam harus kembali ke akar. Beliau juga sewajarnya membina kekuatan sendiri dan harus memadam sejarah yang beliau naik kerana semata-mata memakai baju Anwar dan menjadi popular apabila mengumpul baju-baju Anwar dan membakarnya dikhalayak ramai.
Hakikatnya, Ezam mempunyai kelebihan untuk membina kekuatan politik. Ezam kena ingat bahawa kekuatan politik bukan sekadar kejayaan melahirkan pengikut-pengikut yang berbondong-bondong mengekorinya. Sebaliknya, ia perlu disokong dengan public relations (pr) yang boleh menarik khalayak untuk terus menyokongnya.
Kekurangan Ezam dalam banyak keadaan yang saya perhatikan ialah kurang untuk mengukuh sentuhan peribadi kepada orang-orang bawahan. Orang kiri dan kanan Ezam memang berkebolehan untuk membawa turun crowd tetapi saya tidak pernah melihat Ezam duduk minum bersama dengan orang-orang biasa ini. Ezam kena ingat bahawa PM DS Najib Razak pun sempat meluangkan masa dengan orang kebanyakan.
Sebenarnya, Ezam masih punya masa untuk berubah. Bayangkan, kalau 10 kali turun untuk menjadi meramaikan aktiviti Ezam tidak satu pun Ezam meluangkan masa dengan orang bawahan, maka tidak pelik mereka mereka akan mengucapkan 'bye bye' kepadanya.
Ezam punya masa depan yang cerah, tetapi dalam masa yang sama beliau perlu memperkuatkan sentuhan kepada rootnya.
Ketentuan Ilahi tidak siapa yang dapat menjangka. Mana tahu Ezam diangkat menjadi MB Selangor dan ketika itulah kekuatan dan sokongan dari grass root yang bakal mempertahankannya di tempat tersebut. Malah yang lebih penting Ezam perlu dilihat tidak terlalu elitis.
2 comments:
apa salah dr khir????
Kelakarnya. Mana kotak-kotak yang dikatakan rahsia besar (mantan) Perdana Menteri yang dikokokkan dahulu? Lemahnya Umno jika bergantung kepada bekas jeneral Anwar seperti Ezam ini. Seolah-olah Umno tidak mempunyai pemimpin pelapis sendiri yang bersih daripada kaitan dengan Anwar. Kalau sudah berbohong mengenai rahsia berkotak-kotak, tidak perlulah terus menjual temberang untuk meraih jawatan dalam kem yang dahulunya dicerca sekeji-kejinya. Samalah juga dengan Roslan Kassim yang telah mengangkat diri menjadi ketua cawangan Umno dalam Bahagian Pandan, Azwandin Hamzah di Ampang dan yang sewaktu dengannya.
Post a Comment