Tajuk artikel ini bukan datangnya dari saya. Sebaliknya ia adalah komen ringkas yang ditinggalkan oleh pengunjung blog Akar Umbi dibawah tajuk "Ezam Bakal MB Selangor?".
Apa salah Dr Khir??? Maksud komen tersebut hakikatnya adalah subjektif. Pertama, mungkin bermaksud mengapa tidak diberi peluang kali kedua untuk Dr Khir Toyo atau kedua, hanya sekadar bertanya apakah kesalahan Dr Khir?
Cara langkah menaiki tangga hiraki UMNO antara Dr Khir Toyo dan Senator Ezam Mohd Nor ternyata berbeza. Dr Khir bermula dari bawah, iaitu menjadi AJK Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda dan akhirnya Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang.
Khir tidak semudah Ezam menaiki tangga hiraki tersebut. Dalam persaingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang pada, Khir cuma menang 3 undi. Lawannya ketika itu ialah Haji Baharudin Ali Masrom bekas Pengarah Biro Tatanegara Selangor malah pernah terlibat dalam pasukan kempen TS Muhammad Mohd Taib dalam persaingan Naib Presiden UMNO 1995. Haji Baharudin adalah Naib Ketua Pemuda ketika itu, berbanding Khir yang cuma AJK Pemuda Bahagian.
Malah ketika bertanding untuk DUN Sungai Panjang untuk kali pertama, Khir cuma menang tipis dengan beberapa ratus majoriti sahaja.
Cuma, Khir bernasib baik kerana diberikan laluan percuma oleh Dato' Aini Taib untuk jawatan Ketua Bahagian, disamping Dato' Noh Omar sebagai Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Karang dalam pemilihan 2001.
Itu pun kita kena mengambil kira kedudukan Khir pada waktu itu. Khir telah pun dalam kedudukan sebagai MB Selangor ketika itu. Tambahan pula, Aini juga duduk sebagai Ketua UMNO Tanjung Karang secara percuma sementelah kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang begitu disayangi oleh MB Muhammad Mohd Taib. Kecuali pada tahun 1998, Aini telah disaingi oleh Dato' Sumadi Alias (Sumadi adalah nama yang disebut di mahkamah sebagai orang tengah dalam urusniaga banglo Khir). Oleh sebab Aini telah biasa dengan penerimaan jawatan ketua begitu mudah, maka mudahlah juga baginya menyerahkan kepada Khir.
Berbeza keadaan yang dilalui oleh Ezam, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan ketika menjadi Setpol Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di zaman kemuncaknya pada 1995, malah amat mudah bagi beliau menjawat jawatan tersebut.
Ketika masih lagi boleh bergelumang dalam politik pemuda, Ezam telah melompat ke jawatan yang lebih senior, Timbalan Ketua Bahagian pada umur yang begitu muda.
Dari sini, tampak bahawa kelebihan Khir dengan Ezam ialah dari segi grass root yang dimilikkinya. Maka oleh sebab itulah, dalam tulisan saya berkenaan Ezam ia lebih fokus kepada betapa perlunya Ezam mengikuti rentak yang dimainkan oleh Najib, iaitu rapatkan diri dengan golongan bawahan supaya tidak dilihat sebagai terlalu elitis.
Populariti yang ada pada Ezam sebenarnya menarik minat bagi parasit politik untuk naik di dalam UMNO. Samada Ezam sedar atau tidak, saya sering melihat seorang anak muda yang pada saya ia kelihatan sebagai seorang opportunist dalam perjuangan, walhal bapanya seorang aktivis didalam PKR. Jadi dalam keadaan ini, wajar bagi Ezam menyemak samada anak muda tersebut ingin berpaut di bahu Ezam atas kepentingan peribadi atau betul-betul berjuang diatas suatu ideologi membela bangsa?
Berbalik kepada Khir, saya masih menganggap bahawa beliau adalah seoang 'budak baik'. Beliau telah menjadi mangsa keadaan dan telah dikaburi akibat dikelilingi oleh mereka yang sebenarnya tidak membantu malah mungkin juga tidak mengundinya dalam persaingan menduduki Exco Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2000. Untuk rekod Khir menduduki tempat terakhir dalam senarai Exco yang menang ketika itu. Khir menang adalah atas faktor kekuatan idealisme dan pidatonya ketika bertemu dengan dengan para perwakilan
Diandaikan Khir diberi peluang kali kedua oleh Najib, Khir mesti berani membersihkan orang-orang yang pernah berada disekelilingnya. Saya yakin, Khir kini kesunyian kerana rakan-rakan yang pernah menghurungnya ketika berada di kemuncak, tidak lagi bersamanya. Hanya mungkin Selamat Dolah, bekas Pegawai Khasnya yang masih berada disisinya.
Soalnya sekarang, masih adakah peluang itu bagi Khir tatkala kesnya yang masih belum selesai?
2 comments:
apalah bodoh na kau nie, baru duduk malaysia kot. bukan tak layak jadi menteri besar malah bertanding adun pun, balik kglah khir buka klinik gigi atau buka syarikat jual tanah. mesti murah kalau dia jual
Dr Khir patutke hadiah penyapu kpd penjawat awam? Itu yg buat ramai marah. Kami penduduk nak jumpa dia dulu tahun 2006 tunggu lama buat temu janji 3 bulan baru dapat jumpa. Masalah serius nak bincang minta dia selesaikan. Penduduk dah turun naik dari pej ke pejabat. Bila kami semua baru saja sampai pintu bilik dia dah cakap boleh jumpa sekejap sebab sangat sibuk. Kami 7 orang wakil penduduk hampa dan kesal sikap beliau.
Post a Comment