Wednesday, October 19, 2011

Dek Kerana Mencungap Nik Aziz Arahkan Husam Bentang Bajet Kelantan 2012

Masjid Beijing : Brainchild Nik Aziz?

MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat barangkali uzur dalam keadaan tercungap-cungap untuk membentang Bajet Kelantan 2012, lantas pembentangan dibuat oleh Exco Husam Musa.

Dalam laporan Bajet Kelantan 2012, Harakahdaily melaporkan bahawa Kerajaan Kelantan telah berjaya mematikan cakap-cakap yang mendakwa 21 tahun pemerintahan PAS, tiada sebarang masjid dibina di negeri berkenaan.

Masjid Beijing (gambar atas) atau Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang telah diwar-warkan oleh Harakahdaily sebagai mercu tanda kelansungan kejayaan PAS membina masjid di Kelantan selepas 20 tahun tidak melakukan apa-apa kearah tersebut.

Cuma yang kurang enaknya ialah kenyataan Harakahdaily yang seperti berikut;
Penyokong Umno yang tinggal berdekatan juga menjadikan masjid tersebut tempat menunaikan solat Jumaat. Begitu juga Masjid Kota Darulnaim berhampiran kompleks Kota Darulnaim.
Persoalannya, apakah PAS membina masjid hanya untuk ahli-ahlinya sahaja? Ajaran sesat mana ni?

Antara masjid-masjid yang turut disebut oleh Husam bagi pihak Nik Aziz yang semakin uzur semasa pembentangan bajet ialah Masjid Keputeraan di Paloh 2, Gua Musang yang masih dalam pembinaan, disamping merancang untuk membina Masjid Keputeraan di Lojing dan Masjid Sultan Muhammad V, Bandar Baru Tunjong.

Dalam kata lain, sebuah telah siap, sebuah masih dalam pembinaan dan 2 buah masih dalam perancangan sepanjang pemerintahan regim Nik Aziz di Kelantan.Itu pun umpama terperasan akan pil vitamin yang hampir tamat tempoh, maka PAS Kelantan 4 biji sekali gus untuk kelihatan lebih bertenaga.

No comments: