Tuesday, October 18, 2011

Memalukan! Dewan Pemuda PAS Selangor Perangkap Nik Aziz Ke Destinasi Bah Kut Teh Terkemuka Di Klang

Saya kira Dewan Pemuda PAS (DPP) Selangor telah membuat tindakan salah apabila membawa MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke Majlis Anjuran Makan Malam pada 13 Oktober 2011 yang berlangsung di Dewan Persatuan Hokkien Klang.

Pastinya majlis tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul dana, memandangkan bayaran dikenakan sebanyak RM50 seorang atau RM500 untuk tempahan satu meja.

Saya bersimpati kepada Nik Aziz yang di'perdajalkan'kan oleh DPP Selangor.

Saya mempersoalkan mengapa harus majlis tersebut dibuat di Dewan Persatuan Hokkien Klang, walhal banyak lagi venue yang lebih sesuai? Antara tempat yang sesuai ialah Dewan Majlis Belia Selangor atau Shah Alam Convention Center yang terletak di Shah Alam.

Jika DPP Selangor insist diadakan di Klang, mengapa tidak dipilih Dewan Hamzah mahu pun Dewan Ahmad Razali yang dimilikki oleh Majlis Perbandaran Klang?

Mungkin ada pihak yang menaja dewan berkenaan secara percuma kepada DPP, namun sebenarnya di perkarangan dewan berkenaan (sebelah belakang) terletaknya destinasi makan-makan Bah Kut Teh yang terkemuka di Klang.

Tergamak sungguh DPP Selangor melayan Mursyidul Am PAS sebegini rupa dan ini adalah satu penghinaan kepada tokoh tersebut.


3 comments:

Anonymous said...

apa nak kisah...PAS semua boleh....

Anonymous said...

Kalaulah org Islam dan melayu ini reti hukum rasanya UMNO tinggal tak brapa kerat ahlinya. Bila ramai yg buta hukum maka dibiarkan bagi tujuan mengapongkan UMNO. Sebenrnya dlm Islam takdak apa yg salah mengenai tindakan. Kalau nak pertikaikan pun soal mcm ni, minta2 la nasihat Jamil Khir atau Harussani. Bukan pa takut nanti kita nampak bangang lepas tu, bila Jamil Khir kata takdak pa2. Aku pun kaki yap ye jugak tapi msh waras dan berlapik juga bila nak komen tentang tindakan org yg ada agama ni, sebab kita tak sebanyak ilmu mereka. Itu je.

Anonymous said...

Minta tuan bagitau apa yg salah dari segi hukum. Saya ni tak brapa pandai, jauh ilmunya berbanding Nik Ajis.