Tuesday, October 18, 2011

PAS Selangor Tak Rela Tolong Top-Up Jadi 1 Juta

Kenyataan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor kelihatan senada berhubung program Himpunan Sejuta Umat.

Cuma yang membezakan ialah kenyataan Khalid Samad disertai dengan hint untuk tidak turut serta dan seolah-olah untuk sabotaj himpunan tersebut.

Nyata sekali bagi PAS bahawa perpaduan atas nama Islam lebih membawa kerugian kepada PAS, berbanding kerjasama dengan DAP.

PAS Selangor mengingatkan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) supaya berhati-hati dengan acara tersebut dan tidak menimbulkan ketegangan antara agama di negeri itu.
Ini termasuk cubaan untuk melaga-lagakan antara penganut agama lain yang tidak terdapat sebarang bukti kesalahan seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Walau bagaimana pun Dr Rani berkata pihaknya masih tetap menyokong penganjuran Himpun atas dasar usaha penganjur untuk memantapkan akidah masyarakat Islam. [Free Malaysia Today]

"PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.
(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," - Khalid Samad
Kemungkinan ayat terakhir dari Khalid di atas, akan menjadi keputusan PAS Selangor. Ini kerana Dr Rani Osman tak lebih hanya puppet bagi Khalid.

No comments: