Saturday, October 22, 2011

Sudah Pecah Tembelang!!! PAS Menangguk Dibawah Gelombang HIMPUN

PAS Selangor sebenarnya menipu!!!

Sebentar tadi, saya telah membuat tinjauan tapak di Stadium Shah Alam dan terkejut dengan terpampangnya banner Karnival Ilmu Anak Muda 2011 yang berlansung 2 hari, 22-23 Oktober 2011. Karnival ini melibatkan Kerajaan Negeri kerana terpampang muka MB Selangor dan Exco Pendidikan Selangor.

Malang kamera saya tidak cukup bateri, maka foto berkenaan tidak dapat diupload untuk tatapan. Anda saksikanlah sendiri petang nanti.

Mereka sebenarnya menipu umat Kristian kononnya tidak terlibat dengan HIMPUN, sedangkan Exco Kerajaan Selangor, merangkap ADUN PAS Selat Klang membiayai karnival dengan memperalatkan GAMIS untuk menunjukkan kepada mereka yang hadir ke majlis HIMPUN, kononnya PAS menyokong.

Blog rasmi karnival anjuran GAMIS diwujudkan pada 17 Oktober 2011 [SINI] dan bersamaan pula dengan tarikh sidang media PAS Selangor yang menyatakan ketidakbersetujuan mereka terhadap HIMPUN. Cuba semak tarikh sidang media PAS Selangor dalam video di bawah.

Jelas bahawa Presiden PAS telah diperguna malah diberikan maklumat yang salah oleh PAS Selangor dalam menentukan pendirian PAS terhadap HIMPUN.

No comments: