Friday, October 21, 2011

Portal Rasmi Kerajaan Selangor Bantai Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim Kerana Tak Buat Kerja Di Kawasannya

Adalah memelikkan dengan laporan Selangorkini seperti di atas. Tajuk berita ialah "Penderitaan Penduduk Dapat Perhatian ADUN".

Perlu diingat bahawa Selangorkini adalah lidah rasmi Kerajaan PR Selangor. Tetapi ada yang pelik dengan laporan berita lidah rasmi regim Khalid Ibrahim ini.

Ini kerana Rantau Panjang bukan terletak dalam DUN Batu Tiga yang diwakili oleh Rodziah Ismail, sebaliknya ia terletak dibawah DUN Sungai Pinang yang diwakili oleh Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim.

Imej di atas dipetik dari web SPR dan dengan jelas menunjukkan Rantau Panjang terletak dalam DUN Sungai Pinang. Untuk makluman, Teluk Kapas juga adalah sebahagian dari Mukim Rantau Panjang dan Pusat Daerah Mengundi tersebut juga terletak dalam DUN berkenaan.

Oleh itu, adalah mudah untuk kesimpulan bahawa Teng Chang Khim tidak berkhidmat didalam kawasan DUN yang diwakilinya, hingga memerlukan Rodziah Ismail untuk campur tangan di DUN tersebut (?).

Adalah jelas bahawa Selangorkini menghentam Teng Chang Khim secara halus.

No comments: