Wednesday, April 20, 2011

Anwar Ibrahim Tak Perlu Bimbang - Peguam Negara Dah Arah Kertas Siasatan Disemak

Tiada apa yang perlu dikhuatirkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Polis telah pun menyiapkan kertas siasatan dan membayangkan tindakan akan diambil keatas trio Dato' T diatas pengedaran video seks.

Tambahan pula dengan, dengan arahan Peguam Negara kepada polis supaya kertas siasatan disemak semula tentunya memberi kelegaan kepada Anwar.

Namun, perlu diingat bahawa semakan terhadap kertas siasatan mungkin juga bermaksud untuk fokus kepada pendakwaan kepada pelakon video?

Habislah kau Anwar!

Video seks: Peguam Negara arah kertas siasatan disemak

20/04/2011 6:54pm

BUKIT MERTAJAM 20 April – Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis membuat semakan serta penambahan maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara-perkara yang perlu disemak itu. – Utusan

No comments: