“Saya tanya dia apa sebab tak bagi, sudah 10 bulan kita memohon tetapi tidak ada jawapan bertulis samada ia atau tidak. Sejak bulan Mei dulu, adalah panggil mesyuarat sebanyak tiga kali, minit mesyuarat tidak ada. Saya percaya permohonan kami ini telah dipolitikkan. Dan kita dukacita kerana kita sebenarnya tidak ada agenda politik, ia semata-mata untuk kepentingan akademik pelajar,” Ilham Marzuki, GM YS
Namun begitu, Ilham melahirkan rasa dukacita kerana setelah 10 bulan permohonan dimajukan, tiada sebarang jawapan dari Kementerian Pelajaran.
Disebalik cadangan YS, beberapa soalan perlu dijawab:-
1. Berdasarkan kenyataan Ilham sebuah sekolah dianggarkan kosnya RM50juta. Jadi dananya hendak dicekau dari sumber mana? Yakinkah hanya bersandarkan kenyataan Khalid Ibrahim,
"akaun yayasan itu berada dalam keadaan "mantap" dengan jumlah harta melebihi RM300 juta, selain lebihan dalam akaun sebanyak RM100 juta dan deposit tunai melebihi RM50 juta" maka 9 sekolah dapat dibina di seluruh Selangor?
2. Mungkinkah hartanah strategik seperti tapak asrama-asrama Tun Dr Ismail, Toh Puan Norashikin dan Dr Latif bakal dilupuskan untuk mendapatkan sumber dana untuk projek berkenaan?
3. Tidakkah konsep yang sedia ada, memberi ruang kepada pelajar-pelajar dari luar bandar berpeluang membina networking dimasa depan dan mengubah cara berfikir, bila mereka ditempatkan di sekolah-sekolah kawalan?
4. Pembinaan SBP YS hanyalah suatu kaedah mengumpulkan pelajar-pelajar cerdar berasal dari luar bandar tetapi tidak dapat membentuk perubahan minda dan anjakan paradigma pelajar-pelajar berkenaan.
Oleh yang demikian, hentikan idea ini yang hanya bakal mengembungkan poket para pengurusan YS!
No comments:
Post a Comment