Monday, April 18, 2011

Trio Dato' T Bakal Jadi Lilin Membakar Jembalang

Mungkin trio Dato' T sengaja mendambakan diri mereka untuk membakar jembalang yang lebih besar.

Pendakwaan yang bakal diambil keatas mereka akan menjadi ruang dan pentas mereka untuk menerangkan secara terperinci bagi menentukan misteri imej lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Selanjutnya terungkai segala yang terkunci selama ini.

Kita tunggu di mahkamah.

KUALA LUMPUR 18 April — Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. [Utusan]

No comments: