Cadangan diwujudkan bank wanita diteruskan - Shahrizat
21/04/2011 2:56pmKUALA LUMPUR 21 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan bank wanita bagi membantu usahawan-usahawan wanita di semua sektor.
Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun kerajaan ketika ini beranggapan penubuhan bank itu bukan keperluan mendesak, pihaknya tidak akan berputus asa sehingga matlamat itu tercapai.
"Saya sebenarnya sudah pohon beberapa kali kepada pucuk pimpinan (Perdana Menteri) sebelum ini, tetapi jawapan yang diberikan ialah ketika ini kerajaan merasakan belum tiba masa untuk bank itu diwujudkan kerana konsep perniagaan adalah konsep yang terbuka untuk semua.
"Tetapi, oleh kerana belum diwujudkan bank untuk wanita ini, kami di kementerian tidak akan berputus asa dalam usaha ini dan akan terus mendesak untuk meminta supaya ia ditubuhkan,” katanya. - Bernama
Thursday, April 21, 2011
Bank Negara Dalam Cengkaman Wanita Tapi Sharizat Masih Merengek Nak Minta Bank
Saya tidak nampak keperluan penubuhan bank khusus untuk wanita, seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Sedangkan suatu ketika, kerajaan menganjurkan penggabungan dikalangan bank-bank tempatan, justeru saya tidak nampak rasional disebalik penubuhan bank wanita.
Tambahan pula, kini ramai pengurus-pengurus bank adalah terdiri dari wanita. Malah Gabenor Bank Negara yang sememangnya diterajui oleh wanita, Dr Zeti Akhtar Aziz telah pun disambung kontrak perkhidmatanya untuk tempoh 5 tahun lagi.
Sebaliknya, apa yang lebih penting bagi Shahrizat ialah meminta pihak bank untuk memperbanyak produk-produk bank khusus untuk wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment