Thursday, December 30, 2010

Nurul Izzah Suka Pemainan Cantik Dan Tolak Diluar Tabii

Seperti juga, Nurul Izzah yang menyimpulkan dalam tulisannya, "Because, like football, shouldn't Malaysian politics be made a 'beautiful game'?" saya juga pada dasarnya seronok memerhati "political game" antara DS Najib dan DS Anwar.

Saya kurang pasti, apakah dimaksud dengan beautiful game oleh Nurul Izzah. Namun bagi saya dan kebanyakan mereka yang terperuk di dasar akar umbi lebih terjurus memerhati dan membuat penilaian ke atas dua watak utama DSN dan DSAI.

Saya secara berkias, mendedahkan tentang watak-watak yang berada dalam pertembungan politik BN dengan PR yang pada saya menjadi penghias dan menghidupkan beautiful game mengikut sudut pandangan saya.

Pernah suatu hari, kerajaan PR Selangor membuat random feedback melalui telefon yang meminta saya memberi pandangan tentang kerajaan PR yang mentadbir Selangor pada hari ini. Jawapan saya mudah, samada PKR mahu pun PAS gagal memberikan satu perubahan yang boleh dianggap terbaik. Sebaliknya, secara terus terang saya memberitahu si pembanci bahawa saya seronok memerhati pertembungan DSN dengan DSAI.

Walau apa pun, saya yakin bahawa Nurul Izzah pasti bersetuju yang beliau, juga seperti saya mengimpikan "permainan politik yang cantik dan menolak politik yang diluar tabii"!

No comments: