Tuesday, December 14, 2010

Guan Eng Bayar RM8.33 Sebulan Kepada Guru KAFA Pulau Pinang

Aku bukan nak spin, apatah lagi nak perli laporan Harakahdaily berhubung laporan Pulau Pinang Bayar Guru KAFA RM100 Sempena Maal Hijrah.

Aku cuma nak buat penambahbaikan, moga-moga laporan berita Harakahdaily akan lebih informatif lagi berwibawa. Berikut adalah cadangan laporan yang aku cadangkan, itu pun kalau editornya nak terima:-

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, lapor The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Namun begitu, menurut sumber dari sekolah KAFA, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah tanpa sebarang pengumuman mengkredit terus ke akaun sekolah-sekolah KAFA agihan per kapita yang saban tahun diterima oleh KAFA masing-masing.

Agihan per kapita itu bernilai RM60.00/setiap murid dan 70% diperuntukkan kepada guru-guru dan 30% untuk pentadbiran sekolah. Harakahdaily difahamkan, mengikut anggaran kasar guru-guru KAFA bakal mendapat habuan disekitar RM1,200 untuk 2010.

Sebagai perbandingan, kerajaan pusat (melalui KPM) menyumbangkan RM100 sebulan berbanding kerajaan Pulau Pinang cuma RM8.33. Khusus untuk guru-guru KAFA di Pulau Pinang, mereka bakal menerima habuan yang sama iaitu RM1,300 (RM1,200.00 dari KPM campur RM100.00 dari kerajaan negeri), seperti juga kakitangan awam yang lain di Pulau Pinang.

Guru-guru KAFA juga bakal menikmati kenaikan elaun sebanyak RM200.00 sebulan, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2011 yang lalu. Ini bermakna portion kerajaan persekutuan untuk elaun guru KAFA berjumlah RM700.00 berbanding RM500.00 sebelumnya.

No comments: