Thursday, December 16, 2010

Kan Molek Puluhan Ribu Solat Jemaah Di Stadium Bukit Jalil

Aku boikot! Aku Protes!

Petang semalam duduk rumah sahaja. Dari minggu lepas kesemua 5 orang anak merengek ajak pergi Bukit Jalil, tengok Malaysia lawan Vietnam. Kira sendirilah, harga tiket yang berharga RM40 untuk 5 orang, petrol, tol dan makan minum. Rancangan awal aku batalkan. Perbelanjaan minimum RM300 untuk tengok bola, aku tukar untuk percutian ke A'Famosa, Melaka. Ng Yen Yen kata, Ali Rustam lagi pandai jaga pelancong dari Lim Guan Eng, baik aku pilih Melaka sebagai destinasi percutian. Tapi dalam kecerdikan diri sendiri dan on line booking dah dibuat baru aku perasan yang Lim Guan Eng pun orang Melaka! Terperangkap dalam gimmick rupanya aku.

Tapi, dalam aku protes pun puluhan ribu yang pergi ke stadium, tiket RM40 pun awal-awal dah sold-out.

Dalam duduk-duduk menjelang maghrib Kak Wok dan Mak Usu muncul. Kak Wok berkata "Mesti tengah beratur budak-budak ni nak masuk ke stadium, termasuklah anak aku. Kalaulah dia orang boleh solat berjemaah kat padang tentu gerun Vietnam".

Bengang aku dengan Kak Wok, "Kak Wok ni cakap apa? Nak mengata orang yang pergi tengok bola tu tak sembahyang ke? Untuk pengetahuan Kak Wok, walau pun surau di stadium tu kecil, orang solat maghrib berjemaah bukan dua imam, tapi entah berapa banyak imam silih berganti. Dalam ramai-ramai tu, mungkin ada yang tak solat maghrib, apatah lagi yang musafir. Mereka ada hak jamak"

"Musafir apa benda? Kerana Allah ke kerana bola? Lain kali suruh penganjur jadi imam solat jemaah kat tengah-tengah padang tu" celah Mak Usu.

Ahhh...... Malas aku nak layan orang-orang perempuan ni....

1 comment:

A.I.Z.A.T said...

salam..
saya antara ribuan penonton di stadium smlm..saya sokong idea saudara berhubung isu solat..

sbb smlm surau terlampau penuh smpi sy dan beberapa puluhan org lain tepaksa solat di sekitar stadium beralaskan bendera sbgi sejadah..

**tiada alasan meninggalkan solat ;)

salam