Friday, December 17, 2010

Kebumikan Sebelum Solat Jumaat

Tanggal 22 Oktober 1999 bersamaan hari Jumaat dan kira-kira jam 6.10 pagi, ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah. Abang saya bersungguh-sungguh mahukan pengkebumian selesai sebelum solat Jumaat dan begitu juga bapa saudara saya. Alhamdulillah tiada sebarang halangan dan jenazah telah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Sehari selepas pengkebumian, Imam kariah datang mengunjungi saya di rumah. Beliau memberitahu bahawa beliau kalau boleh, pun mahu meninggal pada hari Jumaat. Meninggal pada hari Jumaat katanya akan dibebaskan dari fitnah kubur.

Hari ini, yang juga hari Jumaat Datuk Sulaiman Taha, Adun Tenang, Johor dilaporkan telah meninggal dunia. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

1 comment:

Wati said...

innalillahi wainalillahi rojiun, turun berduka cita....