"Bro, Mahathir pecat Anwar. Rahim Ghouse tengah kumpulkan orang, malam berkumpul kat rumah Anwar" beritahu kawanku.
"Oklah, aku tengah driving ni. Malam ni aku turun, bawa kawan-kawan" jawabku.
Aku terus telefon 3-4 orang kawan dan janji akan ke rumah Anwar di Bukit Damansara.
Malam tu aku pun keluar satu kereta dengan kawan-kawan. Sepanjang jalan cuba-cuba call kawan-kawan lain tapi gagal. Network busy mungkin ramai yang guna disaat-saat gawat ni.
Sampai di Batu 3, call masuk.
"Kau kat mana?"
"Batu 3, nak pergi rumah Anwarlah ni"
"Ok, kau pergi tengok"
"Bro kat mana?"
"Kat rumah MB"
"Kat rumah MB? Kalau macam tu kami malas pergilah"
"Kalau kau orang tak nak pergi, mari datang sini"
Aku bagi tau kawan-kawan, "Jom kita patah balik. Pergi rumah MB. Kita pergi rumah Anwar pun buat apa? Rahim Ghouse ada Abrar. Zahid ada Kretam dan jadi Pengerusi BSN. Kita apa ada? Aku hari-hari cuci tandas pejabat daerah".
Di rumah MB, ada 3-4 orang Ketua Bahagian. Ketua Pemuda Negeri dan beberapa orang Ketua Pemuda Bahagian pun ada. Mereka tengah sembang-sembang.
Kami masuk, salam-salam dan duduk bersila dalam grup tu dan pasang telinga.
MB kata, "memang pening kepala PM nak pecat Anwar. Dia panggil dan jumpa semua saksi termasuk Anwar sekali, di Seri Perdana. Dia kena buat tindakan cepat sebab Lee Kuan Yew pun dah tahu".
No comments:
Post a Comment