Tuesday, January 1, 2013

Pengakuan Cikgu Non - Pernah Rancang Bunuh Dr Mahathir Kerana Taksub Dengan Amanat Hadi


Penulis buku 'Kafirkah Aku?' C.N Al-Afghani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non mengaku bahawa beliau pernah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri.

Memetik kandungan buku tersebut di muka surat 31-32, Cikgu Non menulis,
"Saya amat mendendami PM ketika itu, kerana Tun Dr Mahathir pernah menghin undang-undang hudud. Juga kerana Tun bertanggungjawab terhadap pembunuhan orang kampung dalam tragedi Memali. Hingga ada perancangan membunuh PM atau mana-mana pemimpin UMNO, juga orang kafir yang terang-terang anti Islam. Kami mengawasi pergerakan PM, kalu boleh mahu cipta sejarah seperti di Mesir. Presiden Jamal Nasir ditembak mati kerana dianggap pemimpin zalim terhadap gerakan Islam di sana. 
Allah lebih mengetahui , Tun Dr Mahathir terselamat apabila agenda kami dapat dihidu oleh Bukit Aman. Beberapa orang dari kami ditahan bawah ISA pada penghujung 1988. Saya terlepas sebab ketika itu berada di medan jihad bumi Afghanistan."
Dalam mengaitkan tindakannya itu dengan 'Amanat Hadi', Cikgu Non seterusnya menulis,
".........menyebabkan saya merancang untuk membunuh PM dan pemimpin UMNO. Demikianlah dahsyatnya akibat dari amanat Datuk Seri Hadi....." - (muka surat 45)
"Bagaimanapun dalam usaha mencegah kemungkaran BN dibawah Tun dulu, saya memang pernah merancang untuk membunuh PM Tur Dr Mahathir. Semua ini semata-mata didorong oleh Amanat Datuk Seri Hadi dan penekanan hudud yang menjadi teras pentadbiran negara Islam yang diperjuangkan sewaktu itu" - (muka surat 75)
KAFIRkah Aku?

6 comments:

Anonymous said...

bageroo btulll..fuhhh..

Anonymous said...

KEWARASAN BERFIKIR ITU PENTING.
JANGAN SIA SIA KAN AKAL ANUGERAH ALLAWASWT.
BERFIKIR LAH...........YANG BETUL TU IKUT, ANG SALAH TINGGALKAN.

Anonymous said...

Ada lagi ke negara Islam yang PAS dambakan tu??? Sekarang ni negara Islam dah tak disebut bila Hadi bersama Al-Juburi dan Karpal Sinki?? Kalau dah takde negara Islam PAS, maknanya hudud PAS pun hanya mainan di bibir pemimpin hamPAS je la kan....

Kene kencing selama 30 tahun baru nak sedar sekarang... kesian betulll....

Anonymous said...

Negara Islam & hudud itu wajib.....yg dah tersesat tu hanya pas kerana percaya dgn al juburi & dap. UMNO sepatutnya ambil alih tugas ini....

Anonymous said...

PAS = TALIBAN = PEROSAK ISLAM

Anonymous said...

anon 4:40 ..
secara sedar atau tidak ,
kerajaan telah melaksanakan sebahagian besar apa yang dituntut Islam sebenarnya..
cuma perkataan, slogan, moto sahaja yang tidak dicanagkan bahawa Islam telah dilaksanakan di Malaysia..
cuba sdr lihat dari sudut positifnya ..
paling mudah contoh yang boleh saya guna adalah pembinaan lebuhraya..
dengan adanya lebuhraya, kita sudah tiada masalah untuk bersuci dan bersolat bila tiba waktunya, kerana kemudahan kemudahan yang sempurna telah disediakan ..
pernahkah saudara terjumpa mana mana tokong disepanjang lebuhraya ?..
berlapang dada dan lihat sekeliling secara terbuka ..