Monday, December 31, 2012

Rafizi Terkejut, Faekah Melatah - Walau Hanya Letupan Kentut Deepak


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin bagai terkejut mendengar kentut Deepak Jaikishan, yang disangkakan bunyi letupan bom.

Masing-masing  cuba untuk memusingkan fakta berhubung pengambilalihan Boustead keatas tanah seluas 223 ekar di Mukim Bukit Raja, Daerah Klang yang dibeli dari Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Bakti

Rafizi dalam kenyataan medianya mempertikai kewajaran pembelian tersebut dan memberi angka RM160 juta sebagai pembelian keatas tanah berkenaan. Sekiranya benar dakwaan Rafizi, bermakna harga seekar ialah lebih kurang RM717,500.

Samada pembelian tersebut berbaloi atau tidak, mari kita periksa lokasi tanah berkenaan melalui 'Google Map' di bawah:-


Kawasan berlorek merupakan kawasan tanah yang diperdebatkan.

Tanah berkenaan adalah dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang merupakan sebahagian dari Seksyen U12, Shah Alam. Kawasan kejiranannya terdiri dari Setia Alam (Seksyen U13), Seksyen 7 Shah Alam (dihubungkan dengan terowong di bawah lebuhraya NKVE), disamping Bandar Bukit Raja dan Bandar Baru Klang (dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang) yang berada di sebelah barat. Umumnya, kawasan kejiranannya adalah kawasan golongan menengah dan elit.

Secara perbandingan, di kawasan selatan MBSA kampung tradisi Batu 7, Jalan Kebun (Seksyen 33 Shah Alam) yang bersempadanan dengan Kota Kemuning (yang jenis pembangunan hampir serupa dengan Setia Alam), harga seekar tanah mencecah hingga RM1 juta.

Ini bermakna bahawa harga RM717,500 yang dibeli melalui Bakti Wira adalah lebih rendah.

Dalam kenyataan yang berasingan, Faekah Husin mendakwa tanah tersebut telah digazetkan sebagai kem tentera. Faekah turut memberi tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan menyiasat perkara tersebut dan membayangkan bahawa MB TS Khalid Ibrahim akan menghentikan transaksi berkenaan. Faekah dalam kenyataannya  itu cuba memutar belit fakta, seolah-olah tanah itu dianugerahkan kepada Awan Megah oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Faekah, hakikatnya tanah berkenaan adalah balasan (pembayaran yang tidak melibatkan kewangan) keatas projek penswastaan yang diperolehi Awan Megah bagi membina Pusat Kajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Rawang, yang telah diluluskan pada 1997.

Isu projek Puspahanas pernah didedah dan diulas oleh MP veteran DAP Dr Tang Seng Giaw dalam blognya pada 21/7/2006.

Beliau menulis,

Kenyataan Tan di atas adalah lebih rasional, iaitu dengan memaklumkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Awan Megah dan beliau turut memberi cadangan membina terhadap projek berkenaan.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Rafizi dan Faekah, mereka nampaknya lebih menggembar-gemburkan isu, tanpa bersandarkan fakta terhadap isu yang mereka sensasikan.

Oleh kerana projek berkenaan diluluskan pada tahun 1997, ini bermakna Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim turut terlibat dalam kelulusan tersebut. Malah Dato' Chua Jui Meng juga merupakan anggota kabinet pada waktu berkenaan.

Oleh kerana pihak pembangkang khususnya PKR, memutar belitkan fakta maka untuk lebih jelas, rujuk kepada keputusan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof dalam kes Astacanggih lwn Kerajaan Malaysia & 3 yang lain di SINI.

No comments: