Bila 'meletup' kisah CEC DAP mengubah keputusan pemilihan CEC, di Kongres DAP Nasional yang hanya tidak sampai sebulan berlalu, lantas fikiran saya teringat Adun Sekinchan (Selangor) Ng Suee Lim. Istimewanya Ng ialah beliau fasih berbahasa Jawa
Bagi saya, beliaulah satu-satunya perwakilan DAP yang berani mendedahkan tentang kewujudan bibit-bibit politik wang dalam DAP, malah telah mencadangkan diubah kaedah pemilihan jawatan-jawatan utama, yang memberi hak kepada perwakilan membuat keputusan secara lansung. Dalam kaedah pemilihan DAP yang digunapakai hari ini, para perwakilan kongres hanya memilih 20 orang anggota CEC dan mereka inilah yang menentukan dan memilih dikalangan mereka untuk menduduki jawatan-jawatan utama seperti Pengerusi, Timbalan, Setia Usaha Agong, Bendahari dan lain-lain jawatan utama parti.
Berbalik kepada isu mengubah keputusan pemilihan yang telah diumumkan semasa Kongres Nasional oleh CEC DAP, jelas bahawa wujud kelemahan dalam tatacara mengurus pemilihan dalam parti berkenaan. Kalau Ng Suee Lim duduk mengetuai Jawatankuasa Pemilihan DAP, rasanya sudah pasti beliau akan melakukan adaptasi atas kaedah yang dilaksanakan oleh SPR. Alasan saya, kalau beliau telah dapat menghidu kelemahan dalam kaedah pemilihan, masakan beliau akan membiarkan keadaan berlaku semasa pengiraan undi, menyeneraikan keputusan dan seterusnya mengumumkan keputusan pemilihan pemilihan pada kongres berkenaan. Ini memandangkan beliau telah 2 penggal menjadi Adun dan rasanya sudah cukup faham dengan ketelusan SPR.
Hakikatnya, kaedah dan tatacara SPR adalah yang terbaik untuk diteladani oleh DAP. Namun atas sebab keegoan dan merasakan mereka adalah yang terbaik, mereka tidak sama sekali mahu menerapkan apa yang telah dilakukan oleh SPR.
Berikut, dipamerkan semula score-sheet pemilihan semasa kongres berkenaan:-
Pengalaman Suee Lim sebagai calon PRU sudah tentu tidak membiarkan kaedah pengiraan undi secara tertutup. Biasanya, semasa pengiraaan undi wakil-wakil sewajarnya diberi peluang untuk menyaksikan pengiraan undi. Dalam hal ini ketelusan sewajarnya diberi keutamaan.
Soal kesilapan typo dalam score-sheet tidak akan timbul jika 63 wakil calon (setelah 5 calon menarik diri) menyaksikan pengiraan undi. Masakan mereka tidak membantah apabila jumlah undi calon mereka berbeza dari catatan mereka. Dalam kes Zairil Khir Johari yang diisytihar mendapat 305, masakan ia berdiam diri sejurus selepas keputusan diumumkan?
Inilah kelebihan SPR berbanding DAP. SPR memberi peluang kepada calon-calon melantik polling agent dan counting agent bagi mengelakkan tohmahan kepada mereka, apabila perisytiharan pemenang diumumkan.
Kelemahan dalam sistem DAP sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa gembar-gembur mereka untuk menerbitkan persepsi buruk terhadap kewibawaan SPR ternyata tidak berasas.
Hakikatnya, bukan DAP sahaja yang bermasalah, malah PKR juga menghadapi masalah yang serupa semasa pemilihan di peringkat cabang dan MPT PKR. Beberapa cabang PKR masalah kesahihan keahlian yang layak mengundi da telah menjadikan pemilihan mereka huru-hara seperti yang berlaku di Klang, Kota Raja dan Sabak Bernam. Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden PKR, salah seorang calon iaitu Zaid Ibrahim telah turut mempertikaikan status keahlian.
Dalam pada itu, jangan ingat masalah ini tidak berlaku dalam PAS. Saya yakin perkara ini turut berlaku dalam parti berkenaan. Dari pengalaman saya bersama seorang sahabat (yang kini adalah seorang YDP PAS Kawasan di Selangor) dalam pertubuhan belia, beliau tidak mengemaskini keahlian. Banyak borang-borang keahlian dan pendaftaran cawangan tidak dihantar ke ibu pejabat. Ini bermakna keahlian dan cawangan tidak bergerak secara sah.
Jika ini berlaku semasa kami sama-sama dalam pertubuhan belia, maka tidak mustahil perkara yang sama dipraktik dalam PAS. Hairan juga, apabila sahabat saya ini berjaya mengalahkan seorang ahli parlimen dalam persaingan di peringkat kawasan. Logiknya ahli parlimen punya akses kepada akar umbi apatah lagi bergelar YB, maka agak sukar bagi saya untuk menerima kekalahan ahli parlimen berkenaan.
Kesimpulannya, baik DAP, PKR mahu pun PAS wajarlah menerima betapa baik dan telus SPR dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini. Sesungguhnya, parti-parti berkenaanlah yang mengabaikan keadilan dan ketelusan pilihanraya.
Seperkara lagi, kita telah dipertontonkan betapa DAP gagal mengurus pemilihan yang disertai cuma 1,823 pengundi. Layakkah mereka selama ini mempertikai kewibawaan SPR?
Seperkara lagi, kita telah dipertontonkan betapa DAP gagal mengurus pemilihan yang disertai cuma 1,823 pengundi. Layakkah mereka selama ini mempertikai kewibawaan SPR?
No comments:
Post a Comment