Bila membaca buku 'Kafirkah Aku?' hasil tulisan C.N Al-Afghani a.k.a Cikgu Non, saya membayangkan adanya rancangan ala-ala 'Tanyalah Ustaz TV9' yang dikendalikan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.
Akan tetapi, bila hingga kehari ini tiada respons dari Hadi, ia bagai satu sessi 'Cikgu Non Tanya, Tuan Guru Tak Jawab'.
Antara persoalan yang dilontarkan oleh Cikgu Non dalam bukunya,
"........Dalam satu ucapan di Johor Baharu awal 1980an, Ustaz Haji Hadi ada menyebut
'Kita letakkan calon PAS untuk bertanding di Johor Baharu ini, bukanlah semata-mata untuk mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, kita tidak akan letak di sini, kerana kita sedar bahawa di Johor Baharu ini, adalah kubu UMNO yang tidak mungkin kita boleh menang. Tetapi kenapa kita letak calon di sini? Tidak lain adalah untuk menyelamat akidah saudara kita. Telah menjadi tanggungjawab kita, perjuangan kita untuk menyelamatkan akidah saudara kita, walaupun hanya ada seorang pengundi PAS di sini. Kita perlu selamatkan akidahnya. InsyaAllah, inilah peranan kita, peranan Parti Islam SeMalaysia, PAS'.
Apakah maksud menyelamatkan akidah saudara kita dalam petikan di atas? Secara mudah, maksudnya agar jangan ada orang Islam mengundi BN/UMNO, kerana akidah mereka tidak betul. Dengan mengundi PAS, akidah seseorang itu selamat dari menjadi kafir......" - (muka surat 25)
Cikgu Non turut menyifatkan 'Amanat Hadi' sebagai memberi kesan mendalam terhadap tarbiah kepada ahli-ahli PAS. Beliau selanjutnya menulis,
".......Dengan amanat dan ceramah keras dari Datuk Seri (Hadi) membuatkan saya derhaka kepada ibubapa, menyebabkan saya putuskan hubungan keluarga dengan saudara kandung, menyebabkan saya hingga merancang membunuh PM dan pimpinan UMNO........." - (muka surat 45)Lantaran perubahan antara Hadi dulu dan Hadi sekarang, Cikgu Non menyarankan,
"...... maka Datuk Seri (Hadi) harus tarik balikamanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir disisi Islam....." - (muka surat 48)Adapun, saranan Cikgu Non tersebut didorong atas rasa bersalah dengan suasana politik PAS hari ini yang bersekongkol dengan PKR dan DAP. Beliau seterusnya meluahkan,
"Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri dari ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja dan juga pimpinan UMNO yang dikafirkan satu masa dulu." - (muka surat 48)Kesimpulannya, buku 'Kafirkah Aku?' adalah tertumpu kepada 'Amanat Hadi' yang diucapkan diawal kemunculan Hadi dalam hiraki kepimpinan PAS diawal 1980an. Sesungguhnya, menurut pandangan Cikgu Non amanat berikut telah membawa banyak kerosakan kepada perpaduan Islam di Malaysia.
Dapatkan naskhah 'Kafirkah Aku?' melalui tempahan di bawah.
1 comment:
Syabas Bro !!
Post a Comment