Wednesday, January 2, 2013

Salahuddin Tolak 'Amanat Hadi' Sebagai Doktrin - Apakah Ia Dianggap Dakyah PAS?


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa 'Amanat Hadi' bukan doktrin mahupun dokumen rasmi PAS. Sebaliknya, Salahuddin sekadar ucapan dan bukan pegangan rasmi PAS.

Dalam kenyataannya kepada Antara Pos, Salahuddin menyebut,
"Kami sendiri pun tidak pernah mengangkat ucapan ustaz (Abdul) Hadi itu sebagai satu amanat. 
"Tidak pernah...sejak bila pula ada keputusan parti mengangkat ia sebagai satu amanat yang mesti dijadikan satu doktrin oleh PAS. Itu hanya satu ucapan dalam satu ceramah ustaz hadi di Banggol Peradong dalam pertengahan tahun 80-an." 
Persoalannya, jika 'Amanat Hadi' hanya sekadar ucapan dan bukan doktrin, apakah selayaknya ia dianggap sebagai dakyah?

Saya yakin bahawa kenyataan Salahuddin ini tidak akan dapat merungkai apa yang terpendam dalam sanubari sebahagian besar dari pengikut totok PAS.

Baca SINI untuk mengetahui tafsiran 'Dakyah Hadi' mengikut perspektif akar umbi pengikut-pengikut PAS.

1 comment:

assaad said...

Salam. Inilah masalah manusia-manusia yang memperalatkan Agama untuk kejayaan Parti dan kepentingan diri. Bukalah minda pengikut jangan jadi taksub dan membuta-tula.

"Betulkan Yang Biasa dan Biasakanlah yang Betul".

Saat Jais
http://saatjais.wordpress.com