Friday, January 20, 2012

Nasrudin Attantawi Sahkan Kedudukan Bahaya PAS Ekoran Perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi Sebagai Exco Selangor

Hakikatnya, apabila saya menulis bahawa PAS dalam bahaya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor menggantikan Dato' Dr Hasan Ali ternyata disahkan benar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Attantawi.
SHAH ALAM – Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri. [Sinar Harian]

No comments: