Thursday, January 19, 2012

Kesatuan Sekerja Bank Khianati BR1M?

Ada laporan mengatakan bahawa pihak Kesatuan Sekerja Bank telah mengarahkan ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan pengagihan BR1M yang dilaksanakan di luar premis bank, atas alasan keselamatan.

Jika benar kewujudan pekeliling yang berkenaan, ternyata bahawa pihak kesatuan lebih mementing diri mereka sendiri. Mengimbau kembali kaedah pembayaran gaji di dekad 70an, dimana kakitangan bank membuka kaunter dibawah khemah untuk membuat pembayaran gaji kepada para pekerja, khususnya untuk institusi atau syarikat-syarikat besar.

Jelas bahawa arahan yang dibuat adalah bertujuan untuk mengkhianati rakyat, disamping menimbulkan kesusahan kepada golongan berpendapatan rendah. Kalau sedemikianlah pendirian kesatuan, bermakna mereka hanya berjuang untuk kepentingan mereka sahaja.

Justeru apakah mereka layak untuk disokong dan diberi simpati?

3 comments:

S.A.Hamid said...

Keselamatan dan keselesaan pekerja perlu juga diberi perhatian. Penyangak dan pencuri akan sentiasa melihat dan cuba mengambil peluang. Wang yang dibawa dengan jumlah ratusan ribu perlukan pengawalan rapi. Oleh itu fikirkanlah jalan yang terbaik. Sekarang ini boleh dikatakan setiap orang mempunyai akaun bank atau akaun tabung haji, gunakanlah kemudahan ini.

Anonymous said...

Tempat sy tiada masalah dengan bank.. petugas bank di iringi polis..setakat fasa I..semuanya berjalan lancar.

Anonymous said...

NUBE memang pro pembankang dan pemimpinnya adalah bukan melayu.Setiap piket akan dilakukan dibank spt Maybank dan CIMB dan tak pernah diadakan di bank asing atau bukan melayu.Ahli NUBE melayu adalah pengikut dan bodoh..tak sedar dipergunakan..