Wednesday, January 18, 2012

Kali Pertama Dalam Sejarah Selangor - Tok Mudim Dilantik Sebagai Exco

Foto Hiasan Dipetik Dari Kosmo

Kini tercatat sejarah di Selangor, apabila Tok Mudim dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini merupakan seorang pengamal perubatan, turut menawarkan khidmat berkhatan di klinik beliau yang terletak di Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat. Malah kesemua 3 orang anak lelaki saya telah dikhatankan oleh beliau.

Perlantikan beliau, sekurang-kurang meredakan keadaan yang boleh bertambah terhakisnya kepercayaan pengundi terhadap PAS. Beliau, khabarnya sebelum ini bertatih dalam UMNO membuat penampilan sulungnya dalam PRU, dengan bertanding di DUN Sijangkang pada tahun 2004 atas tiket PAS.

Berdasarkan komposisi kaum yang diwakilinya bermajoritikan Melayu, maka pasti ia lebih Melayu dari Dr Rani yang begitu berharap terhadap undi bukan Melayu di DUN Meru yang diwakilinya. Sekiranya Dr Rani dilantik sebagai Exco, saya yakin beliau menggali kubur politiknya sendiri.

Cuma bagi Dr Ahmad Yunus, tugas berat menanti beliau dan apa juga tindakan yang tidak menggembirakan PKR dan DAP akan mendedahkan dirinya dilabel sebagai Trojan Horse UMNO.

Kepada Tok Mudim Dr Ahmad Yunus, tahniah untuk anda!

No comments: