Kalau mereka berada di dalam kawasan parlimen Baling, maka apa jadahnya Abdul Azeez Rahim mengembara samapai ke Somalia mencari orang susah?
BALING 20 Jan. - Akibat kesempitan hidup, dua keluarga seramai 12 orang, terpaksa hidup berhimpit-himpit di dalam sebuah rumah yang serba kekurangan.
Lebih malang apabila enam daripada mereka yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun masih bersekolah dan ada antaranya pula yang tidak mempunyai sijil kelahiran.
Ibu tunggal, A. Roslee, 37, berkata, dia dan lima anaknya terpaksa menetap bersama kakaknya, E. Flominah Marrre, 40, di Kampung Kuala Temeka, Kuala Ketil dekat sini selepas bercerai beberapa tahun lalu.
Menurut Roslee yang tidak dapat bekerja kerana masalah jantung, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa mengharapkan sumbangan orang ramai. [Utusan]
1 comment:
Kenapa salah Azeez Rahim. Dia bukannya Ahli Parlimen. Ahli Parlimen Baling Taib Azimuddin. Tunggu dia jadi MP Baling dulu la baru boleh kata kat dia. Bukan tanggungjawab dia 100% nak kena tolong. Patut blog ni pi maki MP Baling la bodo wei. Hang mai Baling tgk sikit apa jenis bantuan yg dia tak bagi. Keluarga ni klu nk bantuan pi la mintak, tak cerita mana nak tau? ADUN Kuala Ketil pun YB PAS gak. Tuan empunya blog, lain kali mau buat entry pakai akai sikit. Hg tak suka Azeez pun jgn sampai nk hentam kromo saja. Bodoh.
Post a Comment