Friday, October 19, 2012

Video Ini Mungkin Tun Dr Mahathir Suka, Tapi.........


Baru-baru ini, saya berpeluang untuk turut serta dalam perjumpaan tertutup dengan Tun Dr Mahathir.

Dalam sesi soal-jawab, salah seorang peserta telah bertanya serta memberi pandangan yang agak kritis terhadap diri Tun M dan UMNO.

Tun M dengan tawadhuk mengakui bahawa beliau juga ada kelemahan dan tidak sempurna. Cuma dalam keadaan sekarang, bukan masanya untuk saling salah menyalah dan menuding jari kepada sesiapa.

Pada pandangan tokoh yang banyak berjasa kepada negara ini, fokus adalah PRU dan yang lebih penting ialah memenangkan BN. Tambah beliau, pandangan kritis seperti yang dilontarkan peserta tersebut lebih elok diucapkan dalam mesyuarat agung UMNO, iaitu masa yang lebih sesuai untuk menegur pemimpin.

Dalam bahasa yang mudah, maksud Tun M ialah menangkan BN dulu dan kalau nak balun pemimpin-pemimpin UMNO, tunggulah ketika mesyuarat agung UMNO.

Hujah dalam video di bawah, mungkin Tun M suka. Cuma masanya yang tidak sesuai. Barangkali (?).

No comments: