Thursday, October 18, 2012

Salahudin Ayub Akhirnya Mengaku Kalah Kepada Ghani Othman


Kalau Salahudin Ayub boleh meletakkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat yang mesti dipatuhi oleh pemaju RAPID di Penggerang, mengapa beliau tidak cadangkan terus ia dijadikan precedent di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat?

Misalnya, kalau Khalid Ibrahim ingin teruskan pembangunan padang PKNS di SS 7, Kelana Jaya ia mesti mendapat consent dari BN. Begitulah juga di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan mesti dapat persetujuan BN di negeri masing-masing.

Berbalik kepada isu RAPID, Salahudin telah meletakkan 3 syarat iaitu ia harus tidak melibatkan pemindahan kampung tradisi, pemindahan kubur dan pematuhan piawaian alam sekitar.

Baik apa pun syaratnya, perkara yang lebih utama adalah penerimaan penduduk setempat. Sekiranya majoriti penduduk menerima pembangunan dan bersetuju dengan kaedah pampasan, apa lagi yang perlu dipertahankan oleh Salahudin.

Penentangan terhadap RAPID dan juga yang terawal Lynas di Kuantan adalah lebih kepada sifat semulajadi pembangkang, yang membangkang apa juga projek-projek yang mempunyai kepentingan nasional.

Jika anda mengikuti isu RAPID dari awal, ternyata bahawa Pakatan Rakyat telah gagal mempengaruhi penduduk-penduduk di Penggerang. Jadi tidak hairanlah dari menentang RAPID, kemudiannya cadangan dipindahkan ke Kerteh, berubah pula kepada menyokong RAPID tetapi dipindahkan ke mana-mana tempat yang lebih sesuai di Johor dan akhirnya meletakkan syarat seperti yang dikatakan oleh Salahudin.

Jelas dalam hal ini, Salahudin yang yang enggan berdebat dengan MP Penggerang Azalina Otman Said, malah mencabar pula MB Johor untuk berdebat, akhirnya tewas tanpa debat dengan Ghani Othman.

Malu beb..... Ghani Othman tak pernah respons apa-apa pun dalam isu RAPID kepada Salahudin.

No comments: