Tidak pasti samada beliau malu untuk mendedahkan biodata atau terlalu tawadhuk hingga sukar untuk mengesan latarbelakang kerjayanya.
Kalau beliau pernah menjadi seorang boss tentunya beliau tidak akan menyoal gaji dan ganjaran CEO Tabung Haji.
The Edge melaporkan Mahfuz telah mendedahkan kepada umum slip gaji dan kelulusan kenaikan gaji CEO Tabung Haji dalam sidang medianya di lobi parlimen.
Perbuatan Mahfuz ini bak perangai budak pejabat yang menyoal gaji bossnya.
Pastinya, bagi Mahfuz tidak pernah mendapat panggilan telefon menawarkan gaji lumayan sepanjang kariernya diluar politik. Adalah lumrah jika seseorang itu punya track record akan ditawarkan dengan gaji dan ganjaran yang lumayan.
Bagi sesetengah syarikat, mereka sanggup membayar pampasan terhadap kehilangan bonus yang bakal dialami oleh calon yang ditawarkan untuk bekerja di syarikatnya. Sebelum adanya skim 'Potongan Cukai Berjadual', syarikat yang menawarkan kerja kepada calon yang mempunyai kelayakan, kecekapan dan prestasi yang tinggi, sanggup membuat income tax clearance bagi calon berkenaan.
Oleh kerana Mahfuz tidak punya pengalaman yang sedemikian, maka tidak hairanlah beliau asyik dan menyibuk kepada mereka yang bergaji tinggi.
Kalau CEO Tabung Haji hanya sekadar RM10,000, lebih baiklah baginya untuk duduksekadar sebagai pengurus cawangan bank.
Nasib baiklah Mahfuz adalah pembangkang. Kalau di pihak kerajaan, alamat ramailah para profesional berhijrah dan tidak mahu berkhidmat dengan GLC.
Seperkara yang amat mendukacitakan, perangai Mahfuz ini sama sekali tidak beretika. Jagalah adab dan jangan terlalu mudah mendedahkan slip gaji seseorang.
Kalaulah Mahfuz bertugas sebagai budak pejabat di jabatan sumber manusia kilang biskut, alamat siang-siang lagi beliau dibuang kerja gara-gara salahlakunya!
1 comment:
kalau ikut peratusan keuntungan TH = 34B Modal 2B Untung = 6%, KWSP = 480B Model 24B Untung = 5%, nampak tak perbezaan peratusan keuntungan 1 peratus walaupun nilainya banyak.
Post a Comment