Wednesday, March 30, 2011

Muhyiddin Datang Ke Selangor Bawa Buah Tangan

Semalam TPM datang melawat Selangor bukan dengan tangan kosong. Hampir RM5 juta diperuntukkan kepada pendidikan agama.
"Katanya, daripada jumlah itu, RM1.4 juta diperuntukkan untuk SAR dan KAFA di Selangor.

Katanya, terdapat 188 buah SAR dan KAFA di seluruh Selangor yang mempunyai 90,620 pelajar yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan terbabit." [Berita Harian]
Ramai yang keliru, bahawa Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Agama dan Fardu Ain di Selangor, sebenarnya hanya dibantu dari segi tenaga pengajar oleh JAIS. Itu pun separuh dari elaun guru berkenaan ditampung oleh JAKIM.

Berbeaza dengan Sekolah Rendah Agama, mereka mendapat bantuan penuh dari Kerajaan Negeri.

Dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran itu, maka ringanlah bebanan yang ditanggung oleh pihak sekolah.

Alhamdulillah.

No comments: