Friday, April 1, 2011

Khalid Ibrahim Saja Nak Tempah Maut

Jangan ingat bila strategi Khalid Ibrahim untuk tidak turut membubarkan DUN jika parlimen dibubarkan, merupakan tindakan bijak.

SHAH ALAM 1 April - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 memandangkan mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Selain itu, desas-desus bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya,” katanya pada persidangan media selepas sidang DUN Selangor yang berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan. - Bernama

Bayangkan jika PRU 13 dikuasai oleh BN, Khalid akan menempah maut bila semua jentera BN akan tertumpu di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan akhirnya diri sendiri yang menempah maut.

Buatlah, kalau berani!

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa khalid takot nak bubar?pakatan kata sokongan rakyat bertambah kepada pakatan,jadi knp nak takot khalid atau nak bolot kekayaan selangor dulu br bubar?.