MUMBAI 30 Mac – Pelakon Bollywood yang pernah memenangi anugerah, Shiley Ahuja hari ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, kes yang mengemparkan industri perfileman terbesar dunia itu.
Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan oleh mahkamah agar meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas ditahan atas dakwaan merogol, mengugut dan mengurung pembantu rumahnya, yang sekarang ini berusia 20 tahun.
Pelakon berusia 37 tahun itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguamnya Srikant Shivade kepada Reuters. Para wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan tersebut.
Ahuja pernah memenangi anugerah Bollywood menerusi filem “Hazaaron Khwaishein Aisi” pada 2003. Dia tetap mengaku tidak bersalah sehingga proses penghakiman.
Sepanjang lebih 18 tahun sejak ditahan sehingga hukuman dijatuhkan, Ahuja sempat berlakon dalam sebuah filem, “The Accident” yang masih belum ditayangkan. - Reuters[Utusan Malaysia]
Wednesday, March 30, 2011
Aktor Bollywood Kena Jel 7 Tahun, Anwar Pula Berapa Tahun?
Di Mumbai, seorang aktor Bollywood telah pun menerima hukuman penjara 7 tahun atas kesalahan pertuduhan yang dihadapinya.
Bagaimana pula kes Anwar Ibrahim?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment