Memetik kenyataan Dr Halimah di Harakahdaily,
Pengakuan Dr Halimah berhubung kewujudan SAR yang tidak berdaftar, dengan sendirinya menunjukkan Kerajaan Negeri melindungi pihak-pihak yang tidak mematuhi peraturan yang termaktub didalam Enakmen No. 2, Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 dan Enakmen No. 7, Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Pindaan) 2001.
Saya yakin, SAR yang didakwa oleh Dr Halimah sebenarnya adalah Sekolah Agama Swasta yang berselindung disebalik SAR semata-mata untuk mendapat peruntukan Kerajaan Negeri.
Malah saya yakin juga bahawa punca sekolah berkenaan beroperasi secara haram adalah kerana mereka tidak memenuhi spesifikasi PBT, Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Oleh yang demikian ini bermakna Kerajaan PR Selangor melindungi sekolah agama yang beroperasi secara haram!
No comments:
Post a Comment