Friday, April 1, 2011

Beranikah Yaakob Sapari ( Exco Pertanian Selangor) Bersaing Dengan Noh Omar?

Bukan main bersemangat Yaakob Sapari, Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan memberitahun DUN Selangor berhubung peningkatan pengeluaran padi di Selangor. [Selangorkini]

Betulkah ini semua hasil usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Habis tu, MP Tanjung Karang tak buat kerjakah? Biar betul Yaakob ni; beliau kenalkah siapa MP Tanjung Karang?

Kalau betul ini semua hasil usaha Pakatan Rakyat, PRU13 kelak, elok benar kalau Yaakob berpindah bertanding kerusi parlimen. Kerusi yang paling sesuai ialah Tanjung Karang dan cubalah nasib bertanding dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Noh Omar.

Kelak tahu tinggi rendahnya langit tu!

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya noh omar takut nak jumpa yakob sapari khuatir ditanyakan pasal kualiti benih padi yang wujud dalamnya benih padi angin kerana dia mengswastakan pada kroninya dan tahap kandungan bendasing (kemungkinan padi angin) pada masa pertanian kurang daripada 6% tetapi ia ditangkatkan kepada 13% semasa ditangan kroni.