Saturday, April 2, 2011

Khalid Ibrahim Kecundang Lagi

Sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, beliau telah kecundang dalam banyak hal. Antara contoh kegagalan Khalid Ibrahim ialah isu SUK dan isu air.

Umpama Lebai Malang, Khalid umpama insan yang menghadapi kegagalan bersiri. Untuk MENANG begitu sukar bagi Khalid, sebaliknya yang mudah ialah MENANGgung kekalahan.

Semalam, Utusan Malaysia telah melaporkan pertambahan bilangan kegagalan Khalid,

SHAH ALAM 1 April – Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan pekeliling yang menghalang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Selangor ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan saman pemula yang difailkan Peguam Negara pada 20 Ogos 2009.

Peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili Selangor memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, hakim itu berkata beliau menerima pakai keputusan Mahkamah Persekutuan pada 20 Mei lepas, iaitu SPRM boleh meneruskan amalan sedia ada dan menyoal saksi selepas waktu pejabat.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah terhadap SPRM.

Zaleha turut menolak permohonan Selangor untuk menggantung sementara prosiding mahkamah mengenai pekeliling itu sehingga Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock selesai bersidang.

Fahda Nur berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Peguam Negara memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan. - Bernama

No comments: