Sejauh mana impaknya, belumlah diketahui dan tentunya hanya dapat dinilai dan diterjemah melalui peti undi.
Di atas ialah keratan artikel yang ditulis oleh MatKilau Penang, yang secara umum boleh disimpulkan bahawa gerakan ABU boleh mendatang petaka kepada agama, bangsa dan negara.
Namun begitu, melalui pengamatan saya dari peristiwa pemecahan kerusi di dewan dimana program agen ABU di Kg Idaman, Pelabuhan Klang, saya dapat melihat satu tindak balas yang tidak dijangka telah berlaku. Bagi saya, ia telah membangkitkan suatu tindak balas dikalangan ahli-ahli UMNO.
Tsunami politik yang berlaku dalam PRU2008 mempunyai alasan yang pelbagai, namun seperkara yang tidak dapat ditolak ialah merupakan protes dari kalangan dalam UMNO sendiri, disamping peralihan angin kelompok atas pagar. Akan tetapi, bagi PKR khususnya Che Gu Bard mengambil perubahan ia sebagai berbentuk kekal yang memihak kepada mereka.
Secara kebetulan, hanya dalam tempoh kurang dari 24 jam 'amukan' ahli UMNO berlaku di Pelabuhan Klang, ia telah merebak ke Gadek dan Machap di Melaka. AHli-ahli UMNO seolah-olah ditiupkan dengan semangat baru dan rasa begitu meluap-luap dengan cabaran dari pihak lawan.
Terus terang dikatan PR rakyat telah tersilap baca. Gerakan ABU pada peringkat ini telah menimbulkan rasa sayang yang bertambah dikalangan ahli-ahli UMNO terhadap parti mereka. Kebencian yang cuba disemaikan kepada pengundi-pengundi apatah lagi sebenar meniupkan semangat baru kepada ahli-ahli UMNO untuk bersatu.
Dengan menjadikan DUN Pelabuhan Klang sebagai rujukan, meski pun anggapan umum menyatakan Kg Idaman sebagai kubu kuat BN di Klang, namun hakikatnya BN tidak menang di PDM Kg Idaman. Perhatikan juga kemerosotan mendadak (imej di bawah) terhadap jumlah undi yang diraih oleh BN diantara PRU2004 dengan PRU2008.
Perlu diingat bahawa calon PR2008 sebenarnya tidak dapat menembusi kubu-kubu utama BN, namun takdir Allah juga yang telah membawa kepada keputusan memihak kepadanya. PKR yang meletakkan Badrul Hisham Abdullah ketika itu, serba serbi kekurangan sama ada dari segi jentera mahu pun logistiks. Malah juga tidak pula secara agresifnya menempelak UMNO.
Gerakan ABU yang agresif pada hemat saya, bak ibarat meniup abu yang akhirnya akan terpercik ke muka peniupnya. Dizaman Rasulullah sendiri pun ada dua orang Abu yang menentang baginda, iaitu Abu Lahab dan Abu Jahal!
Walllahualam.
No comments:
Post a Comment