Ternyat terbit penyesalan yang amat sangat oleh Khalid Ismath yang menjadi tulang belakang program "Malam Revolusi Anak Muda" yang mengundang kemarahan penduduk Kg Idaman. Betapa tidaknya, banner program turut mempamerkan logo PKR yang sedikit sebanyak boleh menjadi pelindung kepada kumpulan anak muda yang turut bersama Khalid serta Adam Adli.
Namun, Khalid dan Adam telah mengalami pengalaman yang amat mengerikan dalam di kawasan yang Khalid nyatakan sebagai kubu kuat UMNO Klang. Betapa tidaknya, mereka terkontang-kanting tanpa perlindungan. Apa yang berlaku di lapangan, sebenarnya menunjukkan betapa lemahnya PKR Cabang Klang, khususnya Sekretariat Penyelaras DUN PR Pelabuhan Klang. Hakikatnya, samada grup anak muda dan juga pihak sekretariat Penyelaras DUN PR Pelabuhan adalah bersendirian dalam berdepan dengan penduduk Kg Idaman dan para penyokong UMNO.
Dari pengusaan lapangan di lokasi, jelas penguasaan total para penyokong UMNO. Seperti yang saya jelaskan dalam entri sebelum ini [klik SINI], ranting PKR Kg Idaman sendiri tampak lepas tangan dan tidak ada sebarang usaha untuk menahan mahu pun sekurang-kurangnya mengimbangi keadaan.
Petikan di atas adalah dari blog Khalid yang meluahkan kekecewaan dan kekesalannya yang teramat sangat terhadap PKR yang gagal memberikan perlindungan kepada mereka.
Saya telah menjejaki kedua-dua kumpulan hingga ke Balai Polis Pandamaran dan juga IPD Klang Selatan. Ternyata para penyokong UMNO yang begitu geram dengan provokasi Khalid sebelum ini, adalah lebih ramai dan tidak terlawan oleh mereka.
Di IPD, ketika jam hampir menunjukkan jam 1.00 pagi, barulah kelihatan sebuah demi sebuah kereta sampai untuk melindungi mereka, yang saya anggarkan hampir 20 orang.
Malang sekali, itu pun majoritinya datangnya dari kejiranan Khalid sendiri, yang rumah bapanya terletak sejauh 2km dari IPD. Saya yakin kekesalan Khalid adalah lebih terarah kepada PKR, kerana kebanyakan yang berkumpul di IPD adalah dari PAS yang Khalid dan bapanya Ismath turut menjadi anggota.
Mungkinkah mereka serik untuk berkerjasama dengan PKR?
2 comments:
Semua ni kerja bodoh........
cabar lagi la dlm tweeter!!! tau dah beza buku dgn ruas?
Post a Comment