Sunday, December 25, 2011

Dah Memang Namanya Pun 'Banana'


Ramai mungkin tidak tahu bahawa ada beberapa pemimpin yang pernah menjadi tumpuan media kerana terlibat dengan gejala homoseksual.

Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal. Rekod baik Banana musnah setelah didakwa meliwat pegawai peribadinya, Jeff Dube.

Ketika era kegemilangannya, Banana bertanggungjawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di sebuah universiti.

Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kegiatan homoseksual pada 1998.

Beliau didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Banana dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tetapi dipendekkan kepada enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001. [Utusan]

No comments: