Mazlan Aliman telah menubuhkan ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang antara lain menuntut hak generasi ke2 dan ke3 Felda keatas tanah-tanah milik Felda yang belum diteroka. Kekadang timbul juga sakit hati bila macam-macam onar dilakukan oleh Mazlan dan ANAK, seolah-olah Felda ini mereka punya.
Persoalannya apakah hak terhadap tanah yang diteroka adalah eksklusif kepada ANAK?
Jika diimbas semula asas dan tujuan penubuhan Felda, adalah tidak lain bertujuan untuk menangani penempatan semula bagi mengurangkan kemiskinan masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, ini bermakna bahawa apa juga tanah yang belum diteroka adalah menjadi hak untuk mereka yang masih dibawah paras kemiskinan di luar bandar, malah juga bandar untuk memohon dan menyertai tanah rancangan Felda.
Adalah tidak adil untuk melayan tuntutan ANAK, kerana Felda bukanlah hak eksklusif mereka.
Sudah sampai masanya bagi kerajaan bagi menyemak semula dari segi perlaksanaan terhadap masa depan Felda yang bukan sahaja terarah kepada anak cucu peneroka Felda, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada mereka yang tergolong dalam kemiskinan tegar untuk mengubah kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment