Saturday, December 31, 2011

Najib Enggan Bersaing Dengan Khalid Ibrahim - Hantar Muhyiddin Sebagai Ganti

Kalau mengikut jadual, PM DS Najib Razak akan hadir untuk countdown tahun baru 2012 malam ini di kemuncak Karnival Sayangi Selangor anjuran BN. Namun, difahamkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengambilalih tempat Najib.

Sementara itu, kalau mengikut jadual di Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012, MB Selangor TS Khalid Ibrahim akan bersama para penyokongnya untuk menantikan detik-detik ketibaan 2012.

Menariknya dalam persaingan BN dan PKR ini, Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan sabotaj dari partinya sendiri.


Malam ini juga, bertempat di Padang Kota Raja Klang akan berlangsung program "NGO Pencetus Gerakan Rakyat" anjuran Sekrtariat Prof Aziz Bari.

Mengapa Aziz Bari tergamak mensabotaj program Khalid? Jawapannya, kerana hendak menggerak dan menghangatkan flyer di bawah.


Maka oleh itu, tidak mustahil Khalid Ibrahim bakal keseorangan dan terkapai-kapai malam ini. Malah tidak mustahil juga yang Khalid tidak akan memunculkan diri dikhalayak ramai di Kompleks Sukan Pandamaran.

No comments: