Thursday, December 29, 2011

Kasi Panas~~!! Persaingan Najib-Anwar Di Selangor Pra-Pusingan 2 - Malam Ini 1 (Zahid Hamidi) Lawan 3 (Badrol Amin, Harun Din & Khalid Samad)

Malam ini di Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012 PR akan membawa turun Badrol Amin, Dato' Dr Harun Din dan Khalid Samad.

Sementara di Karnival Sayangi Selangor, BN akan menampil cuma seorang, iaitu Dato' Seri Zahid Hamidi.

Begitu juga pertembungan countdown tahun baru 2012 yang bakal menyaksikan kehadiran MB Selangor TS Khalid Ibrahim dan PM DS Najib Razak di lubuk masing-masing, pada malam 31 Disember.

Kalau tiada aral melintang, Akar Umbi akan melaporkan dari tapak Karnival Mega Selangor Bumper 2011 2012, pada setiap malam hingga ke malam tahun baru.

Mari kita saksikan lokasi mana yang lengang!

Pusingan 1, Najib telah pun menang, laporan klik SINI.

No comments: