Monday, January 4, 2016

Azmin Ali Diserang Oleh Profesor Yang Dilantiknya Sebagai Sebagai Naib Canselor Unisel!


Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah dilantik oleh Kerajaan Selangor sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Bermakna, hari ini adalah hari pertama beliau masuk ke pejabat untuk memulakan tugasan. Namun begitu, sempena hari permulaan tugasannya itu, Redzuan secara halus memulakan serangan kepada MB Selangor DS Azmin Ali.

Berselindung disebalik kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Redzuan menyimpulkan penemuan kaji selidik IDE menunjukkan rakyat mengharapkan pembaharuan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor kerana pemerintahan parti pembangkang itu masih jauh daripada sebarang perubahan ketara yang dikehendaki pengundi-pengundi negeri itu.

Malah tambahnya lagi, rakyat tidak melihat bahawa pemerintahan Pakatan membawa banyak perubahan, tetapi lebih marah kepada UMNO kerana banyak isu termasuk GST, dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Untuk rekod, IDE adalah sebuah badan pemikir PKR yang mendapat peruntukan RM5 juta melalui Bajet Selangor 2016.

4 comments:

Anonymous said...

Maknanya jika bukan sebab gst, maka pakatan rakyat bukanlah pilihan tepat untuk dipilih sebagai kerajaan. Tak ada sesuatu yg special boleh diharapkan dpd pakatan rakyat.

Anonymous said...

Azmin boleh merangkak dalam longkang dan masuk dalam tong sampah kira special la tu bang...

Anonymous said...

Mana pulak... Yang terlebih special gambar aiskrim dalam jamban dah banyak orang tengok... Siap ngan gaya rambut, jam tangan serta baju yang assmin tu pakai... Tapi dia buat dek je, saman tidak, nafi tidak... Cukup special dunno dia tu....

Anonymous said...

..pastu, sultan pulok dok lantik dio jd MB...hihihi