Wednesday, September 17, 2014

Kekecohan Di Muktamar Pemuda PAS - Kemenangan Suhaizan Kaiat Sebagai Ketua Pemuda Disebabkan Pengundi Hantu


Saya dari awal menelah yang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat berdepan masalah dengan perwakilan di Muktamar Pemuda PAS (melalui posting sebelum ini), apabila ucapannya tidak mendapat sambutan laungan takbir 'Allahu Akbar' terhadap ucapan dasarnya, seperti kelaziman dalam persidangan parti berkenaan yang terdahulu.

Malah Harakah Daily dalam mengulas suasana yang jarang berlaku dalam sejarah Pemuda PAS, menyebut;
"Sepintas lalu ucapan dasar ketua pemuda pada muktamar kali ini bagaikan 'bercakap depan mayat' yang tiada lagi gerak gentanya. Sekian lama muktamar dihiasi dengan laungan takbir dan laungan sorak apabila beberapa point penting ditekankan ketua-ketua pemuda, namun kali ini bagaikan sepi tak bersahut."
Sebaliknya, selepas menyambung sidang di sebelah malam keadaan telah berubah, apabila Pengerusi Tetap muktamar terpaksa berdepan dengan perwakilan yang dianggap sebagai 'mayat' di sebelah siang, tiba-tiba menjadi sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, gara-gara berdepan dengan 'mayat' yang tiba-tiba bangun menghangatkan sidang sebelah malam.

Menurut laporan The Star, perwakilan dari Sabak Bernam Mohd Labib Abdul Jalil telah mencabar Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2013, dengan dakwaan 5 kawasan termasuk 4 adalah dari Johor iaitu Sembrong, Labis, Pengerang dan Pulai telah tidak mengadakan meyuarat tahunan sebelum pemilihan sayap parti berkenaan.

Perwakilan tersebut kemudiannya mengajukan soalan samada pemilihan saf kepimpinan sayap berkenaan yang memilih Suhaizan sebagai ketua itu boleh dianggap sah?

Dalam pada itu rakannya yang juga dari Selangor, Mohd Rosharizan Mohd Roslan (perwakilan Puchong) mendakwa mempunyai bukti terhadap perkara yang dibangkitkan.

Keadaan ini memperlihatkan Suhaizan kini berdepan dengan krisis kepercayaan, apatah lagi serangan yang dibuat adalah terhadap sasaran 4 kawasan dari Johor, negeri asal Ketua Pemuda PAS itu sendiri. Malah sebelum dikejarkan ke hospital, Pengerusi Tetap sempat memberi tahu para perwakilan bahawa beliau akan memanjangkan isu berkenaan untuk tindakan kepimpinan tertinggi PAS.


Amat sukar untuk dinafikan bahawa keadaan ini berlaku, rentetan tindak tanduk Suhaizan yang tidak memihak kepada Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, dalam mendepani kemelut perlantikan MB Selangor. Lantas muktamar ini menjadi platform untuk melucut jawatan yang disandang oleh Suhaizan.

Sesungguhnya, isu ini dengan sendirinya membawa mesej yang kemenangan Suhaizan sebagai Ketua Pemuda PAS adalah atas sokongan pengundi hantu dari Sembrong, Labis, Pengerang dan Pulai.

4 comments:

Anonymous said...

Ana tolong Takbirrkan...Takbirrrrrr

Anonymous said...

Kalau PAS di haramkan, PASma kan ada... apa yang mengarut sangat mereka ni..???

Anonymous said...

pengundi hantu,mayat hidup menjadikan muktamar pas kali ini semakin serammmm!

hasnul rahman said...

Apakah kini Pas sedang menerima HUKUM KARMA?
Wallahhua'lam.